Monday, January 31, 2011

Sesi Karaoke Arkib FC Bersama "January Babies"

Aktiviti pertama Arkib FC pada tahun 2011 dimulai dengan sesi karaoke bagi sambutan harijadi buat para-para YB Arkib FC yang menyambut hari jadi pada bulan Januari. Antara YB yang menyambut hari ulangtahun pada bulan Januari ialah YB Najib, YB Nizam, Senator AsH dan YB Man Redondo.

Rombongan Arkib FC ke Redbox Pavillion pada 28 Januari lalu diketuai oleh YB Apai. Antara YB yang hadir pada hari itu adalah YB Prez, YB Najib, YB Walad, YB Zoo, YB Azlee, YB Ringgo, YB Din dan kedua-dua orang Senator, Senator Ash dan Senator Sheila. Aktiviti ini yang pada mulanya dijadualkan berakhir pada jam 12 malam telah berlanjutan sehingga ke jam 1 pagi. Ternyata aktiviti karaoke ini telah mencungkil bakat terpendam para-para YB kita. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini, hubungan yang sedia terjalin akan berkekalan hendaknya.