Wednesday, December 22, 2010

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Arkib FC

Salam hormat kepada sahabat-sahabat yang dikasihi,

Saya mengambil kesempatan ini untuk merafak kesyukuran kepada yang maha Esa sambil merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan Arkib FC diatas kejayaan menyempurnakan laman Blog Arkib FC bagi tatapan dan juga rujukan bagi setiap ahli Kelab.
Kejayaan ini juga adalah berkat kerjasama, muafakat,kesetian dan kesepaduan yang tidak berbelah bahagi oleh kepimpinan dan ahli Arkib FC di semua peringkat.

Arkib FC telah melalui transisi kepimpinan tertinggi baru-baru ini. Di waktu yang sama, kita telah berjaya mengatur beberapa program di peringkat Rasmi mahu pun secara (retreat) termasuklah  program Arkib FC di Kuala Kangsar dimana saya sendiri yakin dan percaya hubungan diantara sahabat-sahabat menjadi lebih erat disamping mengenali diantara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Sukacita saya memaklumkan di sini saf kepimpinan Arkib FC juga telah merangka beberapa program yang akan dilaksanakan menjelang tahun 2011 yang menjanjikan kegembiraan bersama.

Sehubungan dengan ini, saya menjemput semua ahli untuk memberikan pandangan, pendapat mahupun cadangan yang membina agar kita terus teguh dalam mencari ikatan ukhwah tali persaudaraan.

Di waktu yang sama, saya menyeru kepada semua ahli Arkib FC untuk memperkukuhkan dan memperkasakan jatidiri untuk membolehkan Arkib FC mengorak langkah ke arah menjayakan Misi Nasional kita (Get together) di dalam Rancangan Arkib FC fasa ke - 2 disamping memastikan natijah dan wadah Perjuangan Yang Belum Selesai ini dapat diteruskan. Kitalah penentu kepada kesinambungan wadah perjuangan ini; relevansi dan kredibiliti Arkib FC serta nasib perhubungan di antara kita terletak di bahu sahabatku semua.

Saya mendoakan semoga Arkib FC akan terbang dengan lebih tinggi dan segala program yang disusun untuk tatapan semua akan berjalan lancar dan beroleh kejayaan.
Wassalam.

Get together...

Salam hormat,
Mr Prez